[Cabana Retreat, Sabah]
Terletak hanyalah dalam sekitar 1 jam 30 minit dari Kota Kinabalu, Cabana Retreat Kota Belud Sabah memberikan anda peluang untuk merasai pengalaman berglamping atau bercamping dalam kemewahan. Walaupun berkonsep outdoor, anda masih dapat menikmati keselesaan yang setaraf dengan hotel biasa namun dengan bonus anda dapat bersatu dengan alam semula jadi.
Khemah-khemah mewah yang didirikan dapat memuatkan dari 2 orang dewasa sehinggalah kepada 4 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Kesemua khemah yang bersaiz 5 meter lengkap dengan ruang balkoni di mana anda dapat bersantai dan berbbq.
Antara kemudahan yang disediakan adalah ruang makan di tepi pantai, kolam renang dengan pemandangan pantai dan bilik mandian kongsi.
Untuk aktiviti yang boleh dilakukan pula, tidak mengecewakan, cukup banyak! Antaranya adalah menonton tayangan filem outdoor, berbasikal, kite flying, menaiki bot pedal, menaiki jet ski dan lain-lain lagi.
Alamat: Cabana Retreat, 89150, Kampung Rampayan Laut
No comments:
Post a Comment