Sunday, March 15, 2020

KOKOL HAVEN RESORT, Menggatal KK, Sabah.
Kokol Haven Resort merupakan pusat peranginan yang paling terkenal di Bukit Kokol, Menggatal. Tempat ini sudah tentunya menjadi buah mulut pengunjung yang pernah datang ke tempat ini. Kawasannya yang luas dan mampu menampung ramai pengunjung menjadikan tempat ini menjadi pilihan utama bagi sesiapa yang datang berkunjung ke Bukit Kokol. Jika anda berada di tempat menarik ini, anda berpeluang untuk melihat pemandangan dan panorama indah terutamanya pada waktu senjakala menjelang, dengan warna-warni lampu di Bandaraya Kota Kinabalu serta sinaran matahari senja yang sangat mempersona.
Pelbagai kemudahan disediakan di tempat ini, ini termasuklah penginapan yang menghadap ke Bandaraya Kota Kinabalu dan juga Gunung Kinabalu. Dengan udara yang sejuk, segar dan nyaman maka pastinya tempat ini amat sesuai untuk anda mengambil angin serta mencari ketenangan dan lari dari kesibukan kota. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan yang melibatkan upacara perkahwinan, majlis hari jadi dan sebagainya. Jika anda mencari kelainan dalam sambutan hari jadi anda, maka di sinilah tempat yang sesuai.
Kira-kira 50 minit masa diperlukan untuk sampai ke Kokol Haven Resort daripada Bandaraya Kota Kinabalu atau sejauh 30 km perjalanan melalui jalan Kokol Poring-Poring. Walaupun jarak hanyalah 30 km, masa pemanduan mengambil masa hampir sejam disebabkan keadaan jalan yang bengkang-bengkok dan berbukit. Sila kunjungi pautan berikut untuk panduan lokasi tempat ini.





No comments:

Post a Comment