Sunday, August 30, 2020

KERETA SEWA SABAH
.
Nak bawa family melancong ke Sabah?, dan nak cari kereta sewa yang menawarkan harga yang berpatutan?.Zd Car Premier Rental adalah pilihan yang tepat untuk anda.
.
Info lanjut :
Facebook : Zd Premier Car Rental
Instagram : @zdcarrental
Blogspot : zdcarrental.blogspot.com
Website : zdcarrental.com
_______________

ZD Premier Car Rental  menyediakan pelbagai pakej untuk anda semua yang ingin bercuti ke Sabah 

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa secara : 
 Harian
 Mingguan
 Bulanan

Untuk maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Kereta sewa Kota Kinabalu & Pakej Percutian di Sabah boleh terus hubungi kami di talian +60169176577 | +60174321125 |

Whatsapp kami : www.wasap.my/60169176577

#ZDPremierCarRental #feeltheexperience #Zdpremierrentacar #Sabah #carrental #sabahancarrental #keretasewakotakinabalu #keretasewa #lebihlamasewalebihbanyakdiskaun👏


 

GUNUNG KINABALU

Tarikan yang satu ini tidak asing lagi, Gunung Kinabalu yang merupakan puncak tertinggi di Malaysia. Disebabkan statusnya, Gunung Kinabalu menjadi dambaan ramai kaki hiker yang ingin mencuba sesuatu yang ekstrem.

Bukan mudah untuk menuju ke puncaknya kerana ramai yang mencuba berpotensi untuk mengalami masalah seperti mabuk bukit, kekejangan dan lain-lain lagi yang disebabkan oleh altitud tinggi dan tahap kecuramannya.

Pastikan anda mendapat latihan dan nasihat yang sepatutnya sebelum mencuba ya?

Pemandangan yang dapat dinikmati dari puncak gunung? Sukar diungkapkan dengan kata, terutama sekali ketika matahari mula membenamkan cahaya. Jangan lupa untuk membawa banyak pakaian yang dapat menghangatkan badan termasuklah sarung tangan.


 

Friday, August 28, 2020

PASAR MALAM KOTA KINABALU

Terletak bersebelahan Hotel Le Meridien adalah Pasar Malam Sinsuran yang menjadikan mutiara sebagai tarikan utama, tapi… jangan lupa membuat kajian terlebih dahulu tentang bagaimana untuk mengesan mutiara original dan tipu ya.

Di samping itu, hasil kraftangan lain juga tak kurang banyaknya seperti T-shirt Sabah, magnet peti ais, dan lain—lain lagi yang boleh dijadikan cenderamata kepada yang tersayang. Pssst… jangan lupa tawar-menawar kalau ke sini, mesti dapat murah punyalah!


 

DESA CATTLE DAIRY FARM

Desa Cattle Dairy Farm ini juga digelar sebagai New Zealand Kecil negeri Sabah kerana panorama sekelilingnya yang kelihatan seperti di negara orang Maori itu. Pemandangan ladang lembu ini sangat menyejukkan mata dengan kehijauan rumputnya yang seluas pandangan mata.

Bukan itu sahaja, bukit-bukau di sekeliling ladang ini juga menjadikan pemandangan 100 kali lebih memukau sesiapa sahaja yang datang. Kalau dah datang ke sini, jangan lupa untuk membeli produk-produk tenusu hasil dari ladang ini, segar dan sedap!


 

KERETA SEWA DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN!
.
Nak melancong ke Sabah? Nak sewa kereta untuk memudahkan perjalanan anda?.Zd Car Premier Rental adalah pilihan tepat untuk anda kerana kami menawarkan harga yang berpatutan untuk anda. Sesuai untuk seisi keluarga bercuti mahupun bercuti dengan rakan-rakan anda.
.
Info lanjut :
Facebook : Zd Premier Car Rental
Instagram : @zdcarrental
Blogspot : zdcarrental.blogspot.com
Website : zdcarrental.com
_______________

ZD Premier Car Rental  menyediakan pelbagai pakej untuk anda semua yang ingin bercuti ke Sabah 

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa secara : 
 Harian
 Mingguan
 Bulanan

Untuk maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Kereta sewa Kota Kinabalu & Pakej Percutian di Sabah boleh terus hubungi kami di talian +60169176577 | +60174321125 |

Whatsapp kami : www.wasap.my/60169176577

#ZDPremierCarRental #feeltheexperience #Zdpremierrentacar #Sabah #carrental #sabahancarrental #keretasewakotakinabalu #keretasewa #lebihlamasewalebihbanyakdiskaun👏


 

Wednesday, August 26, 2020

TAMBUNAN REFFLESIA RESERVE

Hanyalah 1 jam perjalanan dari Kota Kinabalu, anda akan sampai ke Tambunan Rafflesia Reserve yang menawarkan aktiviti jungle trekking untuk mencari bunga rafflesia yang merupakan bunga yang paling unik, paling pelik dan paling besar di dunia ini, banyak sebab untuk anda melihat bunga Rafflesia ini di depan mata sendiri.

Namun begitu, bersedialah untuk menghidu bau yang agak kurang enak sebaik mendekati bunga ini. Nak tahu kenapa ia bunga tapi busuk? Bunga Rafflesia ini mengeluarkan bau busuk untuk menarik perhatian lalat dan serangga untuk menuju ke arahnya dan pap!

dimakan begitu sahaja. Itulah kisahnya mengapa bunga ini pelik. Walau bagaimanapun, bunga ini hanya berkembang beberapa hari sahaja, good luck!


 

Monday, August 24, 2020

PULAU BOHEY DULANG

Pulau Bohey Dulang adalah sebuah pulau berbukit-bukau yang merupakan sisa kepada limpahan volkano yang pernah terjadi pada masa lampau.

Dikelilingi oleh lautan biru berair jernih, selain menarik untuk aktiviti skuba, sebab lain mengapa pulau ini menjadi tarikan yang terkenal di Sabah adalah kerana pemandangan yang dapat dinikmati dari puncak bukit pulau ini. Berketinggian 300 meter, anda dapat menyaksikan keindahan lautan dan tumbuhan penuh kehijauan.

Aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini adalah snorkeling, melawat Unit Kajian Marin Tun Sakaran untuk melihat kerang gergasi, melawat perkampungan Bajau Laut dan banyak lagi. Selain itu, Pulau Bohey Dulang turut pernah diisytiharkan sebagai taman santuari burung, menjanjikan anda dengan kehadiran pelbagai jenis burung untuk diteropong

 

Saturday, August 22, 2020

KERETA SEWA TERBAIK SABAH
.
Nak Melancong ke Sabah? Tapi belum jumpa kereta sewa yang terbaik? Jangan risau, Zd Car Premier Rental adalah pilihan tepat untuk anda kerana kami menawarkan harga yang menarik untuk anda. Sesuai untuk seisi keluarga.
.
Info lanjut :
Facebook : Zd Premier Car Rental
Instagram : @zdcarrental
Blogspot : zdcarrental.blogspot.com
Website : zdcarrental.com
_______________

ZD Premier Car Rental  menyediakan pelbagai pakej untuk anda semua yang ingin bercuti ke Sabah 

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa secara : 
 Harian
 Mingguan
 Bulanan

Untuk maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Kereta sewa Kota Kinabalu & Pakej Percutian di Sabah boleh terus hubungi kami di talian +60169176577 | +60174321125 |

Whatsapp kami : www.wasap.my/60169176577

#ZDPremierCarRental #feeltheexperience #Zdpremierrentacar #Sabah #carrental #sabahancarrental #keretasewakotakinabalu #keretasewa #lebihlamasewalebihbanyakdiskaun👏

 

PULAU MANTANANI

Tarikan yang terletak di bahagian pantai barat Sabah, Pulau Mantanani sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mantanani Besar dan Mantanani Kecil.

Pada suatu ketika dulu, di sekitar pulau ini cukup mudah untuk anda terserempak dengan ikan lumba-lumba atau dugong. Daratannya pula sering menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur. Namun, pemandangan ini kian berkurang, tapi siapa tahu, mungkin anda bernasib baik?

Kalau tidak berpeluang untuk menyaksikan semua ini, anda masih dapat menikmati keindahan sebuah fenomena laut yang sangat menarik iaitu bioluminescence di mana hamparan cahaya biru di sekitar lautan yang disebabkan oleh mikroorganisma marin yang wujud dapat dilihat pada waktu malam.

Untuk menuju ke sini, anda boleh mendapatkan perkhidmatan bot yang ditawarkan penduduk kampung di Rampayan, Kota Belud, perjalanan untuk ke pulau dengan bot mengambil masa sekitar 45 minit ke 1 jam, bergantung kepada keadaan ombak. Untuk ke Kota Belud dari Kota Kinabalu pula mengambil masa dalam sekitar satu setengah ke dua jam.

 

Friday, August 21, 2020

PULAU MANUKAN

Ingin tenggelam dalam keindahan alam semula jadi yang mengujakan? Anda sekeluarga boleh melawat Pulau Manukan yang terletak hanyalah dalam sekitar 30 minit dari Kota Kinabalu.

Pulau yang merupakan sebahagian daripada Taman Laut Tunku Abdul Rahman ini menawarkan kawasan pantai dengan pasir putih yang berkepanjangan 1.5 km. Anda boleh menuju ke sini dengan menaiki bot dari jeti Jesselton Point.

 

KOTA KINABALU CITY MOSQUE / MASJID TERAPUNG LIKAS

Kota Kinabalu City Mosque ataupun Masjid Terapung Likas adalah masjid kedua yang terpenting di bandar Kota Kinabalu.

Masjid yang terletak di pesisir pantai Likas ini memiliki keluasan sebanyak 14.83 hektar dengan kemampuan untuk menampung sehingga 12,000 jemaah pada satu-satu masa. Jika dilihat dengan teliti, masjid ini memiliki reka bentuk Masjid Nabawi di Madinah.

Jangan lepaskan peluang untuk bersolat di sini! Sebelum ke tempat lain anda boleh melihat lukisan-lukisan yang dijual di ruang luar masjid ni, mungkin ada yang menarik hati?

 

HARGA KERETA SEWA YANG MENARIK UNTUK ANDA!
.
Nak Melancong ke Sabah? Nak ajak rakan-rakan bercuti? nak Honeymoon dengan pasangan anda ke Sabah? atau melancong bersama keluarga? Tapi belum jumpa kereta sewa yang terbaik? Jangan risau, Zd Car Premier Rental adalah pilihan tepat untuk anda kerana kami menawarkan harga yang menarik untuk anda. Jangan tunggu-tunggu lagi! PM kami sekarang!
.
Info lanjut :
Facebook : Zd Premier Car Rental
Instagram : @zdcarrental
Blogspot : zdcarrental.blogspot.com
Website : zdcarrental.com
_______________

ZD Premier Car Rental  menyediakan pelbagai pakej untuk anda semua yang ingin bercuti ke Sabah 

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa secara : 
 Harian
 Mingguan
 Bulanan

Untuk maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Kereta sewa Kota Kinabalu & Pakej Percutian di Sabah boleh terus hubungi kami di talian +60169176577 | +60174321125 |

Whatsapp kami : www.wasap.my/60169176577

#ZDPremierCarRental #feeltheexperience #Zdpremierrentacar #Sabah #carrental #sabahancarrental #keretasewakotakinabalu #keretasewa #lebihlamasewalebihbanyakdiskaun👏

 

Wednesday, August 19, 2020

COWBOY TOWN TUARAN

Terletak hanyalah dalam 45 minit ke 1 jam dari Kota Kinabalu, Cowboy Town Tuaran adalah sebuah tarikan di Sabah yang patut anda lawati untuk merasai pengalaman menjadi koboi!

Sampai sahaja di sini, anda pasti tidak sabar untuk bergambar di kawasan sekitar yang betul-betul kelihatan macam dalam filem koboi Hollywood.

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah kandang kuda, trek menunggang kuda, tarikan alam semula jadi paya bakau, taman herba, river cruise untuk melihat kelip-kelip dan banyak lagi!