Monday, August 24, 2020

PULAU BOHEY DULANG

Pulau Bohey Dulang adalah sebuah pulau berbukit-bukau yang merupakan sisa kepada limpahan volkano yang pernah terjadi pada masa lampau.

Dikelilingi oleh lautan biru berair jernih, selain menarik untuk aktiviti skuba, sebab lain mengapa pulau ini menjadi tarikan yang terkenal di Sabah adalah kerana pemandangan yang dapat dinikmati dari puncak bukit pulau ini. Berketinggian 300 meter, anda dapat menyaksikan keindahan lautan dan tumbuhan penuh kehijauan.

Aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini adalah snorkeling, melawat Unit Kajian Marin Tun Sakaran untuk melihat kerang gergasi, melawat perkampungan Bajau Laut dan banyak lagi. Selain itu, Pulau Bohey Dulang turut pernah diisytiharkan sebagai taman santuari burung, menjanjikan anda dengan kehadiran pelbagai jenis burung untuk diteropong

 

No comments:

Post a Comment