Monday, August 10, 2020


KOKOL HILL ELF

Masih tak berpeluang untuk ke Bali tapi ingin bergambar seolah-olah berada di tarikan terkenal di kepulauan Indonesia ini (Bali Swing)? Jangan risau, keinginan anda sedikit-sebanyak terubat sebab di Kota Kinabalu ini rupa-rupanya terdapat sebuah tarikan yang lebih-kurang sama dengan Bali Swing iaitu di Kokol Hill Elf. Tak perlulah anda keluar bajet yang besar untuk ke Bali.

Kokol Hill Elf adalah antara lokasi di Kota Kinabalu yang paling ‘instagrammable’ di mana anda boleh bergambar dengan berlatar belakangkan pemandangan bandar Kota Kinabalu dan juga panorama matahari terbenam atau tenggelam yang sungguh mempesonakan.

Sambil menghirup udara segar dari bukit, anda boleh mencuba pelbagai tarikan yang disediakan seperti Mega Swing (buaian besar di puncak bukit), The City Circle (tempat duduk rotan dengan reka bentuk berciri estetik), The Sunset Catcher Area, Big Bird Nest dan sebagainya.

Selain ini semua, Kokol Hill Elf turut menyediakan pelbagai fasiliti lain seperti restoran dan tempat penginapan yang terdiri daripada resort, homestay dan villa.

 

No comments:

Post a Comment