Wednesday, September 23, 2020

MESILAU CAT'S VILLAGE

Rindu kucing yang terpaksa ditinggalkan kerana melancong ke Sabah? Ubati rasa rindu itu dengan melawat tarikan yang masih agak baru di negeri ini iaitu Mesilou Cat’s Village yang terletak di Kampung Mesilou Kundasang.

Sekiranya anda ke sini dari Pekan Kundasang, masa yang diambil untuk tiba ke tarikan ini hanyalah dalam sekitar 16 minit atau 5.7 km sahaja.

Menempatkan lebih daripada 100 ekor kucing, tidak menang tangan untuk melayan kesemua kerenah kucing yang ada di sini. Dengan bilangan kucing yang sebanyak ini, cukup pelbagai baka kucing yang boleh ditemui termasuklah kucing dari baka yang mahal.

Selain melihat kucing, anda juga boleh menyaksikan keindahan sekitar “Kampung Kucing” ini yang dihias dengan penuh kasih-sayang, banyak tempat yang selesa untuk kucing bersantai dan bermain. Serba-sedikit bolehlah anda dapatkan idea untuk sediakan taman khas buat kucing di rumah nanti.


 

No comments:

Post a Comment