Friday, October 16, 2020

BUKIT SOSODIKON
Jika anda rasakan mendaki Gunung Kinabalu itu terlalu ekstrem, anda bolehlah mendaki Bukit Sosodikon. Apa yang menanti anda di puncak adalah bukit yang seolah-olah berbentuk piramid. Itulah sebabnya ia juga dikenali sebagai Pyramid Hill. Bukit Sosodikon terletak lebih kurang 5 km dari Pekan Kundasang. Untuk sampai ke bukit ini, anda perlu menggunakan jalan yang sama ke Desa Cattle Dairy Farm dan Mount Kinabalu Golf Club.
Bukit ini agak curam dan kurang rumput untuk berpaut, jadi hati-hati dan pakailah kasut yang sesuai dan tidak licin. Disebabkan waktu mahatari naik di Sabah lebih awal berbanding di Semenanjung, maka anda haru sampai ke puncak bukit sekitar 6.00 ke 6.30pagi untuk menyaksikan matahari terbit. Pastinya ia satu panorama yang sangat indah disamping berlatarkan Gunung Kinabalu.


 

No comments:

Post a Comment