Konunukan Garden & Camping
Antara nikmat terindah yang ditawarkan dunia ini adalah pemandangan langit malam yang dilimpahi dengan cahaya bintang. Berjuta cahaya berkelipan ini dapat anda saksikan dengan jelas sekiranya menjadikan Konunukan Garden & Camping sebagai lokasi untuk bermalam sewaktu bercuti di Sabah.
Bila tiba waktu pagi, anda bakal disambut oleh pemandangan yang begitu mengujakan, flora yang menghijau dan juga Gunung Kinabalu di kejauhan. Booking, jangan tak booking ya?
No comments:
Post a Comment