Tuesday, October 13, 2020

TUARAN CROCODILE FARM
Tuaran Crocodile Farm menempatkan lebih dari 1,000 ekor buaya di dalam sebuah ladang yang berkeluasan 7 ekar. Lawatan ke tarikan ini dapat membuka mata anda tentang pelbagai perkara baru berkaitan penangkapan buaya dan pembiakan mereka.
Selain dapat mengetahui banyak info menarik, anda juga boleh menyaksikan pertunjukan buaya yang cukup mendebarkan. Pertunjukan ini biasanya mengambil masa hanya dalam sekitar 15 minit, namun debaran semasa menyaksikannya terasa seperti berjam-jam lamanya.
Untuk menghilangkan rasa seram sejuk menonton aksi buaya tadi, anda boleh melawat Butterfly Garden yang menempatkan pelbagai spesies rama-rama yang penuh warna-warni.
Selain buaya dan rama-rama, di sini juga terdapat banyak lagi haiwan lain seperti kura-kura, burung unta, ikan, rusa dan sebagainya.


 

No comments:

Post a Comment