Friday, November 6, 2020

PUNCAK BORNEO RESORT

Puncak Borneo Resort merupakan sebuah tempat penginapan yang sangat indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Selain pemandangannya yang indah, udara dan bayu di sini juga sejuk dan segar. Jika anda ingin menginap di sini, tidak perlu susah-susah ke pekan untuk menjamu selera kerana di sekitar resort juga ada disediakan restoran.

Kawasan persekitaran resort juga sesuai untuk bergambar. Dari lokasi resort ini, anda mudah untuk bergerak ke tempat-tempat menarik untuk dilawati. Namun begitu, Puncak Borneo Resort ini adalah salah satu tempat menarik di Ranau wajib anda lawati.


 

No comments:

Post a Comment