Thursday, December 3, 2020

HAMSTER WORLD RANAU

Terletak bersebelahan dengan taman arnab ranau. Tempat ini merupakan salah satu tempat menarik, Kundasang yang baru dibuka pada tahun 2017.

Untuk ke lokasi Hamster World Ranau, anda perlu memasuki simpang Jalan Kibaas Mohimboyon Kundasang. Simpang masuk Jalan Kibass Mohimboyon adalah terletak lebih kurang 5 kilometer dari pekan Ranau.

Anda bebas membelai, memegang dan mengambil gambar pelbagai spesis hamster di sini.

Yuran masuk juga dikenakan iaitu sebanyak RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak 6 tahun hingga 12 tahun.


 

No comments:

Post a Comment