PULAU MABUL
Pulau Mabul merupakan sebuah destinasi yang sangat terkenal sebagai sebuah lokasi untuk fotografi-makro. Ia terletak di perairan Laut Sulawesi yang dikelilingi terumbu karang.
Ia berkeluasan 21 hektar dan lebih besar berbanding destinasi terkenal, Pulau Sipadan. Aktiviti paling menarik yang menjadi tumpuan utama pengunjung adalah selam skuba.
Menarik mengenai selam skuba di Pulau Mabul adalah, ia boleh dilakukan sepanjang tahun dan berbeza dengan lokasi lain yang bergantung pada musim.
No comments:
Post a Comment