Saturday, December 19, 2020


PULAU POM POM
Ia terletak 45 minit dari Semporna. Persekitarannya yang santai memberikan anda sebab untuk memilihnya sebagai destinasi terbaik untuk anda berehat dan melapangkan fikiran.
Nama Pulau Pom Pom ini diambil bersempena nama pokok Pom Pom yang tumbuh melata di pulau ini dan telah menjadi simbol bagi pulau ini. Antara aktiviti yang paling kerap dilakukan disini adalah, selam skuba.
Disini, anda boleh temukan ramai pengajar selam skuba profesional yang sedia memberikan khidmat mereka untuk anda. Satu lagi perkara menarik yang ada di Pulau Pom Pom adalah, walau dimana sekalipun anda memilih untuk menginap, pemandangannya pasti tidak akan mengecewakan.


 

No comments:

Post a Comment