Tuaran Crocodile Farm
Tuaran Crocodile Farm telah dibina dan dibuka pada tahun 2004 sebagai pusat perlindungan bagi hampir 5000 ekor buaya. Antara spesies buaya yang ada disini ialah buaya tembaga, buaya nile, buaya aqua dan juga buaya gharial.
Tanah seluas 11 ekar yang menempatkan Tuaran Crocodile Farm ini juga turut menempatkan haiwan-haiwan lain seperti anaconda, burung unta, rusa dan bermacam jenis ikan.
Ikan keli dan ikan koi merupakan diantara tarikan utama disini kerana pengunjung sentiasa ternanti-nanti untuk memberi makan kepada ikan-ikan tersebut.
No comments:
Post a Comment